Tuesday, February 14, 2017

Salam,

Baru2 ni aku tengok duit syiling aku almost penuh dah dua bekas..
Actually tabung tu aku ada goal aku..
aku nak kumpul duit nak pergi tuttttt... hahaha
tapi tak jadi.. so aku bior kan la..



 (Ni tabung aku hahah rm5 je kt daiso dulu)

Jadi, aku tengok cam dah nak hampir penuh, aku pon decide nak g masukkan duit syiling dalam bank.
So bila dah kosong, rasa seronok balik nak isi duit syiling.

Lepas meng"Google", aku dapat tau ade certain bank yang ada coin deposit machine ni.
DIsebabkan aku nak deposit kan dalam cimb, aku pergi la cari cimb yang ada mesin tu

NOTE
1- Tak semua cawangan ada mesin tu.
     => tekan sini untuk cawangan CIMB
     => tekan sini untuk cawangan  MAYBANK
2- Mesin tu dalam cawangan tu.. bukan dekat2 luar bahagian ATM atau Cash Deposit Machine
3- Sila datang pagi atau sebelum lunch time, sebab selalu nya selepas lunch time, mesin tu dia akan tulis error. Aku penah tanya akak bank kenapa ada macam error.. dia cakap sebab mesin dah penuh.. so maybe diorang kosong kan mesin tu sebelah petang selepas banking hour.
Penggunaan mesin ni pada sy sangat mudah:



Coin Deposit Machine CIMB.

1- Pilih penggunaan Bahasa yang disediakan
2- Masukkan no account anda
    *sedikit ralat bagi aku untuk cimb coin deposit machine sebab selepas aku masukkan no acc,            tiada verification atau pengesahan nama yang mengatakan acc tu dia atas nama sekian sekian,            atau mungkin aku terlepas pandang huhu.
3- Buka penutup yang disediakan untuk meletak kan duit syiling anda.
(Penutup untuk mengisi duit syiling)
     *sila pastikan anda memasukkan duit syiling mengikut tanda aras yang disediakan. Tidak boleh            meletakkan duit syiling melebihi tanda 'X' yg berwarna merah. maaf tak ada gambar. 
4- Tutup penutup selepas memasukkan duit syiling.
      *penutup ini tidak boleh dibuka semasa proses pengiraan duit syiling. Sila lakukan langkah2                diatas untuk memasukan duit syiling yang lain.
5-Selesai pengiraan duit syiling, message akan keluar di screen machine sama anda mahu tamatkan transaksi atau menambah duit syiling.
6- Resit akan dikeluarkan. Sila periksa di bahagian bawah machine untuk memastikan tiada duit syiling yang di tolak oleh machine.

Mudah kannn .
Kalau CIMB dia akan ambil masa dalam 2 hari untuk duit tu dideposit kan dalam account anda.

Boleh tekan di link yang sy berikan di atas atau ini (MAYBANK)untuk penggunaan coin deposit machine MAYBANK.

Aku tak pernah cuba lagi mesin maybank. tapi rasanya lebih kurang sama ja caranya.

 (ni total tabung2 aku tu, banyak gak kannnn) 


senang ada mesin ni..

so, sila la menabung.. menabung duit syiling pon jadi le..ehehe



0 kaSih-SayanG....:

Post a Comment

.:KOmeN:.

Popular Posts